Salam semua,saya harap anda semua sihat sentiasa. Kali ini saya akan menerangkan secara ringkas tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Program Google Adsense.Walaupun google adsense ni dah menjadi satu cara mencari pandapatan yang paling terkenal kat internet, tapi masih ramai antara kita yang belum faham dan tahu bagaimana sebenarnya ia boleh memberi pendapatan kepada kita. [...]
Salam semua,saya harap anda semua sihat sentiasa. Kali ini saya akan menerangkan secara ringkas tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Program Google Adsense.Walaupun google adsense ni dah menjadi satu cara mencari pandapatan yang paling terkenal kat internet, tapi masih ramai antara kita yang belum faham dan tahu bagaimana sebenarnya ia boleh memberi pendapatan kepada kita. Ini terbukti bila ada antara rakan-rakan saya yang aktif menggunakan internet tapi tidak tahu tentang program ini, bila ditanya tentang blog, rangkaian sosial seperti myspace, friendster, facebook dll tahu plak ekk? semua korang ade, hemh..

Baiklah, sebelum itu kita berkenalan dulu dengan proram disebalik Adsense ni, ia dikenali sebagai Google Adwords. Ianya merupakan sebuah program pengiklanan. Melalui Google Adwords, para peniaga bolah mengiklankan barangan, produk atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai berdasarkan kepada apa yang sedang dicari (keyword) oleh orang ramai di internet terutamanya Google.
Terdapat berjuta-juta orang menggunakan internet untuk mencari maklumat,barangan yang mereka kehendaki dan sebagainya. Para penjual atau pemilik perniagaan mensasarkan pengguna internet yang berjuta-juta inilah untuk menjadi pelanggan mereka.

Perhatikan betul-betul gambar di atas, andaikan anda sedang mencari laptop terbaru untuk dibeli dengan keyword “laptop”. Maka result yang keluar adalah seperti diatas, Perhatikan result di bahagian kanan di bawah sponsored links dan juga link Dell Laptops di sebelah kiri result, para peniaga atau advertiser telah membayar kepada google dengan jumlah yang tertentu melalui Program Google Adword untuk link mereka berada di situ, iaitu teratas sekali di search result. Inilah yang dimaksudkan dengan Google Adword. Dan tahukah anda Google telah menjana berbilion usd setiap tahun hanya melalui program ini. Google hanya mengenakan bayaran kepada pengiklan (advertiser) tadi apabila pengunjung mengklik ke atas link mereka sahaja, ini kerana program Adword adalah menggunakan kaedah PPC (Pay Per Click). Saya harap anda jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan Google Adwords. Apa pula kaitannya dengan Adsense??
Program Adsense pula dibina oleh Google untuk memaksimakan keuntungan Program Adword mereka. Google melakukan syndication terhadap iklan-iklan oleh advertiser tadi untuk muncul di blog atau laman web yang menyertai program Google Adsense. Oleh itu, jika sekiranya pengunjung tidak mengklik link advertiser di search result, mereka masih berkemungkinan akan klik iklan-iklan yang muncul di blog atau pun website.
Bayangkan sekiranya blog diatas adalah kepunyaan anda, dan pengunjung yang datang ke blog anda melakukan klik terhadap iklan Google Adsense yang muncul blog maka Google akan mengenakan bayaran kepada advertisers tersebut dan berkongsi keuntungan tersebut kepada anda.
Disinilah bagaimana anda berupaya menjana pendapatan melalui Google Adsense. Lebih ramai pengunjung datang ke blog anda, lebih tinggi klik berlaku pada iklan diblog anda maka lebih banyak keuntungan yang dapat anda hasilkan. Anda mungkin tertanya-tanya berapakah anggaran pendapatan yang akan anda perolehi melalui adsense ini? Sebenarnya tidak ada had, bermula serendah usd $1 sehingga usd $1 Million. Ianya bergantung kepada keyword yang anda sasarkan, jumlah trafik atau pengunjung, format dan kedudukan iklan anda dan beberapa faktor yang lain.
Saya harap anda jelas setakat ini. Jika ada apa-apa yang anda kurang faham, boleh hubungi saya di sini. InsyaAllah saya akan segera menjawab pertanyan anda.








One Response
[...] Berkenalan dgn Adsense [...]