Hai, Salam semua….semoga korang sukses dgn bisnes masing2..
Apehal plak adsense haram ni?? haaa… tu lar yg aku nak citer ni, dah lama dh benda nih.. Ramai sangat dok tanya program google adsense in halal ke haram.. Meh aku nak kabokan sket!
Pertama sekali, terima kasih kepada yang peka terhadap isu halal haram ni, ternyata korang insan [...]
Hai, Salam semua….semoga korang sukses dgn bisnes masing2..
Apehal plak adsense haram ni?? haaa… tu lar yg aku nak citer ni, dah lama dh benda nih.. Ramai sangat dok tanya program google adsense in halal ke haram.. Meh aku nak kabokan sket!
Pertama sekali, terima kasih kepada yang peka terhadap isu halal haram ni, ternyata korang insan yang budiman..:) Point2 dlam post kali ni, ade aku kutip dari forum wangcyber.. Baik, dalam problem macam ni, jom kita kembali kpd asas. Kita kena faham agama sepertimana yang difahami oleh para sahabat dan rasulnya.
Dalam Islam adalah tidak digalakkan untuk kita mengusul/mengkaji secara mendalam akan sesuatu perkara yang secara zahirnya dibolehkan. Nabi dan sahabat pun tak buat camtu. Malah di kalangan sahabat2, ada yang makan keju buatan Yahudi tanpa bertanya. Tugas mengkaji halal dan haram ini diletakkan pada bahu pemerintah. Sebab tu kita ada logo halal Jakim.
Muamalat dan Ibadah adalah perkara yang berbeza. Bagi muamalat, semua perkara adalah harus, selagi tiada dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang mengharamkannya (i.e. riba, ****, arak, pelacuran@zina, penipuan dsbgnya). Tapi kalu bab ibadah lain plak kan, yang bidaah@haram sume ade… Men ikut orang jek! humh
Jadi, selagi kita tak mengiklankan benda2 yang diharamkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka kenapa perlu diragui kehalalannya? InsyaAllah, duit yang kita perolehi itu adalah halal. (Pastikan anda menggunakan Ad Filter kalau jumpa iklan yg tak senonoh tersebut). Aku tekankan semula, tidak perlu mengkaji secara mendalam dari manakah syarikat iklan itu dapat duit kerana secara zahirnya adalah halal. (Membuat kajian berlebih2an bukanlah dari Sunnah Nabi dan sahabat2). Pada sesiapa yang tak tahu pasal ad filter sabar ek, nanti aku akan terangkan dlam post yg akan datang..
Ok? yang penting ape yang kita paham dan yakin, kalu rasa yakin, teruskan. Kalau tak rasa yakin, ketepikan. Cuma untuk adsense ni korang kena faham yang kita ni umpama pengiklan yang mengiklankan produk2 mereka. Asalkan niat kita jujur utk mencari pendapatan sampingan dgn cara begitu. Tanpa menipu dan sebagainya. Lagipun produk2 yang bercanggah seperti iklan porno@lucah, menipu, dan sebagainya tak diterima oleh google. So fikirlah mana yang baik.
p/s : orang dok buat berbilion2 dah, kita duk sibuk pening haram ke tidak….
Ok, harap post aku membantu… kalu ade ape2, drop a comment kt bawah tu k..








4 Responses
Assalamualaikum.
Saya dok tunggu post pasal ad filter tu. Saya harap saudara post selepas ini.
Tq for the info
[Reply]
Salam,
Mekasih ingatkan saya…
anda dh boleh bce post tu…
[Reply]
huhuhu… aku setuju dengan ko…
[Reply]
miLsUm Reply:
July 1st, 2009 at 4:55 am
mekasih….ko mmg sporting dol..hehe
[Reply]