Post Pic

Memilih Hosting Yang Terbaik !

Tip-tip yang berkesan untuk orang baru memilih hosting yang terbaik! :)

Assalamualaikum!

Agak lama aku tak update kan, saje je nak bagi korang rindu sket..hehe..
Ok lah, Skang ni aku tengah cuti sem, so aku kat umah la ni. Hmm, Kat area umah aku skang ni tengah banjir teruk, banyak rumah yang tenggelam, jalan utama untuk ke KB pun xleh lalu, so berderet-deret la keta tersangkut kat tepi jalan lalu menyusahkan orang tempatan yang perlu menghabiskan masa 2 jam semata-mata untuk keluar membeli serbuk teh di kedai runcit terdekat! Ok, habis berita banjir!

web_hosting

Baiklah, berbalik kepada topik sebenar. Dah lama takde cerita pasal internet kat blog aku nih, jadi kali ni aku nak citer ngan korang tentang tip-tip untuk korang memilih syarikat hosting yang baik! Entri ini juga bagi menjawab pertanyaan seorang gadis cantik bernama fiona(bukan nama sebenar), melalui emailnya yang meminta pendapat aku tentang beberapa syarikat hosting di Malaysia, dan hosting apa yang aku nak cadangkan! :)

Aku bukanlah pandai sangat untuk memberi pendapat dan tip-tip ni. Tapi aku akan bercerita  melalui pengalaman aku sendiri, ok? Sepanjang aku berkecimpung dalam bidang web  development ni, ade la lebih kurang 16 buah website yang telah aku setup, ini yang  ada dalam senarai aku la, maknanya kalau korang mintak nak tengok, aku leh bagi  tengok, hehe.Ok, melalui website-website ini lah aku mendapat pengalaman dan  pengajaran tentang bagaimana untuk memilih syarikat webhosting yang terbaik!

1. Review ataupun pendapat mereka yang dah guna servis hosting tu. Kat mana nak tengok review? Google la beb, pasti korang akan jumpa pendapat dan pandangan dari mereka yang dah gunakan servis sesebuah hosting tersebut. Kalau banyak yang positif dari negatif korang boleh pertimbangkan, tapi apa yang aku cadang, kalau ada sikit je yang negatif pun, better cari hosting lain.Aku amat sensitif bab hosting ni, sebab web yang kita bina nak kena running 24/7. Kalau ada masalah ngan hosting, web konfem takleh jalan. Jadi, ape-ape hal pun cari review terlebih dahulu.

2. Kos yang efektif! Korang kena faham maksud efektif kat sini. Murah tak semestinya bagus dan mahal pulak tak semestinya yang terbaik. Setelah korang mendapat review, ambiklah peluang dengan kempen promosi dengan harga murah. Syarikat hosting sentiasa membuat kempen-kempen camni, jadi korang kena pandai-pandai la rebut peluang. Tapi harus diingat, Korang kena ambil kira kos jangka panjang. Tiada guna jika harga promosi yang murah tu hanya untuk tahun pertama, tapi tahun-tahun berikutnya dah jadi mahal plak. So, kena pastikan perkara yang satu ni.

helpdesk-web

3. LiveHelp 24/7. Ini amat perlu jika korang ada masalah yang perlu diselesaikan dengan serta merta! Kebiasaannya, syarikat hosting yang baik akan mempunyai beberapa orang pekerja yang akan menjaga ruangan support mereka. Jadi, mereka akan mampu untuk menguruskan pelanggan mereka dengan kadar 24/7. Mereka juga akan memberikan no tel mereka di website mereka. Di sini korang boleh mencuba untuk ‘test’ kadar respond mereka. Korang jugak boleh test melalui emel.Sekalilagi diingatkan, support adalah terlalu amat sangat sangat penting!

4. Akses ke cPanel. Sekarang ni kebanyakan syarikat hosting memang bagi korang akses cPanel, tapi ada jugak yang tak bagi! Korang jangan la terkena plak, sebab aku dah kena. Mereka yang akan control cPanel, dengan ini kerja-kerja penambahan script dan maintenance akan manjadi sukar. Jadi, jangan beli hosting dengan syarikat yang sebegini!

domain-hostings600x600

5. Korang yang control DNS! Korang diberikan kawalan penuh terhadap Domain Name Server untuk nama domain korang. Ini akan banyak memudahkan korang di kemudian hari nanti. Kalau-kalau hosting tu ada masalah ke nanti, maka dengan mudahnya korang boleh menukar name server dan buat forwarding sekiranya perlu. Tidak ada masalah sekiranya korang nak pindah akaun domain dan hosting sekiranya tiba-tiba tuan punya hosting menghilangkan diri!

6. Ada Fantastico atau Softaculous. Kebiasaanya hosting sekarang semua ada fantastico cuma softaculous agak baru sikit. Dan softaculous adalah 5 kali lebih bagus dari fantastico dari segi penyediaan skrip-skrip yang terkini. Tak perlu nak upload sendiri ke FTP, segala kerja pembinaan website, blog, zen cart dan sebagainya menjadi lebih mudah! Klik dan klik, siap!

7. Server yang LAJU! Ini pun amat penting jugak. Tiada apa yang lebih membencikan selain daripada sebuah website yang lembap! Dengan bangganya pelawat korang akan lari dan mungkin takkan datang lagi. So, camne nak tahu kadar kelajuan server mereka?

Hantar email dan mintak senarai beberapa buah website(shared hosting) yang tengah guna servis dorang, pastikan ianya shared hosting sebab korang pun akan beli shared hosting jugak nanti, takkan lah korang terus nak pakai dedicated server kot,huhu.

Lepas tu, korang masuk sini (http://www.vertain.com/?sst) dan masukkan url website yang mereka bagi, jika keputusannya lebih dari 4 atau 5 saat, itu maknanya ‘LEMBAP’. Harus diingat juga, website seperti forum, video, audio, flash dan seumpamanya memang agak lembap. Jadi, kalau dapat result 4 ke 5 saat tu masih dikira ‘OK’.

8. Semak Terms & Conditions mereka. Ini penting untuk korang tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan website korang. Kang kalau kena terminate nanti susah plak. Hehe..

Baik, bersama-sama dengan tips aku ni, aku sediakan sekali syarikat hosting dari Malaysia yang mempunyai semua ciri-ciri di atas! Maknanya korang tak perlu susah-susah buat reseach balik, aku dah pakai dan aku berpuas hati!

1. www.myonlinehoster.com

- Syarikat ini adalah kepunyaan orang melayu dan selama aku pakai servis dorang, memang tip top! Dorang masih reply sms aku walaupun pada pukul 4 pagi. Dorang juga sediakan support melalui YM, memang bagus. Dan server dorang memang laju.

- Korang bernasib baik sebab sekarang ni tengah berlangsung promosi, dimana pakej Platinum (1GB , unlimited bandwith) yang biasanya dijual pada harga RM100 sedang dijual pada harga RM80, dan yang menariknya ialah RM80 untuk setiap tahun, bukan untuk tahun pertama sahaja!

- Dorang ada bagi email tentang promosi ini dan kod promosi untuk mendapatkan diskaun ialah = promosi2009

- Dan mereka juga mempunyai semua ciri-ciri di dalam tips diatas.

2. www.NetKL.com

- Aku gunakan servis dari syarikat ini untuk projek blog-blog aku. Blog aku yang ini pun menggunakan servis dari mereka. Support pun memang tip top, tapi tak ada support melalui YM. SMS pun laju je dorang reply. Memang bagus, secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati!

Ok lah, itu sahaja untuk kali ini, diharap aku telah menjawab pertanyaan cik Fiona. Tapi aku pun nak tau jugak cadangan-cadangan dari korang, hosting Malaysia je k? Ok, cadang-cadang!

Artikel Lain Yang Best!

No related posts.

33 Responses

11.23.09

awat hosting malaysia jek…

kalu yg oversea bro cadangkan yang mane plak??

[Reply]

miLsUm Reply:

aiyaa ko nih, dah orang tanye malaysia aku jwab malaysia ler…

ha ni ko tanye oversea, aku jwab oversea lak…hehe
ini yang aku penah pakai dan memang xleh dipertikai lagi kewibawaan dorang :

http://www.hostgator.com
http://netfirms.com
http://westhost.com

harap membantu.. :D

[Reply]

11.23.09

Info yg bagos neh.. Mekaseh sifu.. Ngeee~~~

[Reply]

miLsUm Reply:

aiyak….dah jadi sifu plak ek…
baiklah anak murid..
Ngeeeee~~~~

[Reply]

11.23.09

Selama ni saya pakai NetKL je. Pernah sekali beli domain n hosting guna hosting provider lain, ish, rasa nyesal. Sekarang ni, pape hal sal hosting, NetKL sude..

[Reply]

miLsUm Reply:

setuju! NetKL mmg bagus… :D

[Reply]

11.23.09

Thanks for this article

[Reply]

miLsUm Reply:

sama2… :D

[Reply]

11.23.09

hosting ni ape dan untuk ape bro?

sory sy baru belajar, tp sy minat sgt2 untuk tahu pasal perniagaan internet nih.. :(

[Reply]

miLsUm Reply:

haaaa…..soalan dia… camne aku nak jawab nih.. haha..
ok, demimu wahau newbie tak bernama, nnti aku buat satu entry pengenalan apa itu hosting yer…

sbelum tu ko boleh refer sini dulu : http://sembangkomputer.com/domain-dan-hosting/

[Reply]

miLsUm Reply:

ataupun kalau ada kawan2 yg lain nk tolong terangkan pun boleh.. :D

[Reply]

11.23.09

hi.. salam kenal… pado den, yg penting kita kna knal ko org kt webhosting tu, x byk siket pon ok… janji konal… sobab nk setting susah gk pado newbie2 or average… mcm den, mintk tolong jo, bole kite belaja sambil2… copek siket nk pandai… hehehe… lgpown diorg pro… blog ni pown best gk… XD

[Reply]

miLsUm Reply:

salam kenal jogak… =p. mmg betul tu, tp kalau dh newbie, susah jgk nk kenal tokey2 hosting ni kan, lg pun kalo dorang kerja sorang, mmg bapak punya buzy lah..hehe, ape pun, jgn berhenti belajar, belajar lah sampai bila2! :D, nnti bleh tolong org len plak..

[Reply]

11.23.09

tu la nsib bek aku knal sorg… blaja ngan bloggerz lain gk…jeles aku tgk blog2 korg dh cun2.. blog aku bru buat jek… mencari para bloggers untuk kenal mengenal dan saling terkenal haha…

[Reply]

miLsUm Reply:

haiyaa….rilek la bro….pelan2, jgn gopoh2 ekk…hehehe…jom r kita jadi kawan, aku pun tgh nak blaja2 nih..bleh blaja sesama…

[Reply]

11.23.09

tu la… yg pnting skrang content and promotion hehehe… jom2… kawe pon mencari teman2 blogger gok… skrang tgh blaja wat backlink… pe lg ek selain tinggalkan komen kt site yg pr tggi? chow2…vroom(bunyi enjin kawasaki er-6n)

[Reply]

miLsUm Reply:

hehe..ade banyak lagi bro, cuma takde masa je nak apply…add ym kawe : casey_rybeck88 , syok skit bincang… :D

[Reply]

11.23.09

Aku guna namsahaz utk hosting + domain kt Mercumaya….

Namsahaz OK la. Support tip top. Uptime pun dh semakin bagus.

[Reply]

miLsUm Reply:

owh yeke….boleh cuba ni, belum pernah cuba lagi..hehe, thanks bro..

[Reply]

11.23.09

Aku suka gambar amoi tu je… :p

[Reply]

miLsUm Reply:

haha..bukan amoi tu bro..itu minah salleh la… ke bukan?

[Reply]

11.23.09

Asal girls, amoi la tu… aku semua on… Hahaha ^^

[Reply]

11.23.09

netkl memang antara yang best. :0

[Reply]

miLsUm Reply:

setuju!

[Reply]

[...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]

[Reply]

11.23.09

Info yang bagus Tuan. pilih hosting ni kena hati-hati. saya sudah terkena dimana saya beli pakej 5 gb. baru 3 bulan lebih saya guna sudah habis space 5gb. bingung… review ok, masa beli support ok, bila dah bayar semuanya KO..

[Reply]

miLsUm Reply:

herm,payah jgk tu.mgkin hosting tu mmg ok pada mulanya..pastu ade la problem skit2, then down terus, pastu lingkup..mcm cerita sebuah hosting tempatan 2 3 hari yg lalu..hehehe

[Reply]

11.23.09

Salam muslim, ada salan cepu emas neh, ngeh2..

Saya nak wat komuniti website, untuk forum, masuk gambar, video dan macam2 lagi..Saya sasarkan ahli 100 orang berdaftar dalam sebulan.. bape agaknya bape kapasiti webspace yang sy perlukan?

[Reply]

miLsUm Reply:

wsalam…

kalau mau slamat n utk jgka masa pnjang, amek yg 20-25gb bagus, murah je..
kalau mau main short term, 1gb pun beres. webspace ni x kisah sangat sebab kita boleh upgrade bila2 masa..

forum ni ape yg penting, bandwith la.pilih unlimited. pastu tgk la perkembangan dia camne lak, kalu forum meletop. upgrade hosting terusss… hehe

harap membantu ;)

[Reply]

11.23.09

hmmh.. thanks for the tips in choosing the best hosting in malaysia.. but currently im looking for webhosting that offer softaculous preinstaller script.
As far as i know malaysian webhosting only few who offer softaculous, and one of the webhosting i found offering the service is:

http://www.web-hosting.net.my/

but still i want to search for more options to choose from. I will bookmark your blog incase someone or you found any other malaysian webhosting that offer such feature.
thanx

[Reply]

miLsUm Reply:

yep, me too, using softaculous which allows users to install softwares and script in just one step.same as fantastico but with more advantage and save more time..

and i suggest http://www.netkl.com , they had offer this script from last year i think. just great for me, hope for u too. ;)

[Reply]

11.23.09

Thanks for your replied, ok after taking so much consideration i decided to take serverfreak(http://www.web-hosting.net.my/) the price is reasonable and the offer of bandwidth is bigger than netkl.Plus ive tried contacting both sites and asked bout softaculous seems like both of them(netkl and serverfreak) offered softaculous so my decision more on the bandwidth size offered.The price differences only RM80 so i think its worth buy.
For beneficiary of others i stated the differences here:
Netkl offer: space:1500mb with bandwidth=20gb (RM100) while serverfreak offer:space:2000mb with bandwidth:50gb(RM180).
Bandwidth is vital for my need so i guess in the end it depends on your needed to buy the web hosting.

[Reply]

miLsUm Reply:

okies, glad to see u’ve got what r u loookin for. n thank you so mush for the further info. so nice of u ;)

[Reply]

Leave Your Response

* Name, Email, Comment are Required

Comments links could be nofollow free.

Masukkan email anda supaya tips-tips terkini dihantar terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Ahli Fikir

Sapaan Mesra


ShoutMix chat widget