Post Pic

Alamak! Mane Duit Aku??

Aiyaaa, mane aku letak duit aku ni?? Tadi ade sini, skang dah hilang plak! Korang amek eh?? Pulangkan duit aku!!!!!!! Hehehe, gimik je beb, duit aku tak hilang pun. Tapi korang perasan tak, ini lah situasi kebanyakan dari kita pada setiap kali kita membuat kira-kira perbelanjaan. Komen yang biasa kita dengar adalah…

Assalamualaikum….!

Bertemu lagi kita di dalam rancangan MHI, Milsum Hari Ini! Hek hek hek… :D

wheres-my-moneyAiyaaa, mane aku letak duit aku ni?? Tadi ade sini, skang dah hilang plak! Korang amek eh?? Pulangkan duit aku!!!!!!! Hehehe, gimik je beb, duit aku tak hilang pun. Tapi korang perasan tak, ini lah situasi kebanyakan dari kita pada setiap kali kita membuat kira-kira perbelanjaan. Komen yang biasa kita dengar adalah, kita tak tahu mana perginya wang kita. Tiba-tiba je pada hujung bulan wang kita habis dan kita tak tahu kemana ia menghilang. Kita dah jadi macam ahli silap mata ketika menguruskan wang, kita boleh menghilangkan wang tersebut tanpa dikesan! Masalahnya, tidak macam ahli silap mata, kita sendiri tidak tahu kemana wang itu lesap!

Jadi inilah benda yang aku nak kongsi ngan korang pada rancangan MHI kali ni. (Baca perlahan-lahan ok) Satu kaedah atau cara yang aku sendiri gunakan untuk menguruskan kewangan aku. Yang mana bagi aku cara ini adalah amat berkesan, cuma nak kena disiplin sket je!

Pengesan Duit Milsum!

formKod

A - Oksigen Mandatori

B - Makanan Keperluan

C - Elok / Bagus

D - Sampah / Membazir

Seperti yang korang dapat lihat, pengesan duit yang aku guna ni dapat mengesan setiap perbelanjaan aku. Apa yang aku perlu buat adalah memasukkan maklumat perbelanjaan ke dalam pengesan duit ni. Masukkan kesemua sekali, walaupun 20sen! Lepas tu jangan lupa kod keselamatan tu, ini juga penting.Sebagai contoh, bayaran untuk makan dan minyak kereta kumpul bawah A, beli buku duk bawah B, beli majalah atau akhbar bawah C, dan rokok bawah D. Kod keselamatan ini adalah berbeza mengikut individu. Ia terpulang pada korang, sebabnya apa yang menjadi keperluan kepada aku mungkin sekadar elok kepada korang, dan apa yang elok bagi aku mungkin juga tidak bernilai bagi korang.

Baik, apa sebenarnya tujuan benda alah ni? Ok, bagi aku ia ada dua tujuan yang penting. Pertama, kita dapat melihat ke mana wang kita pergi, kita tahu! Walaupun dah lama berlalu, kita masih boleh tahu secara tepat berapa jumlah yang kita belanjakan untuk bayar parking pada hari Sabtu dua minggu yang lepas, segalanya direkodkan.

Kedua, bagi aku pengesan duit ni jugak dapat mengurangkan perbelanjaan dan pembaziran! Haaa camne tu? Ok macam ni. Bila kita catatkan perbelanjaan ke dalam pengesan duit, kita akan cuba untuk mengelak daripada membeli barangan di bawah kod D seperti juga orang lain. Tak percaya? Cubalah! Betul, cubalah..bukan susah pun buat benda ni, paling tinggi pun amek masa 3 minit je. Luang masa 3 minit dan korang akan dapati yang korang tidak pernah membazir.

Ok, itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Ilmu ni aku dapat daripada Sifu Azizi Ali yang beliau kongsikan dalam buku Lahirnya Seorang Jutawan. Menurut beliau lagi, dengan adanya Pengesan Duit ni, kita akan berjimat sekurang-kurangnya sebanyak 25% daripada perbelanjaan!

Kalau korang ada cara yang korang sendiri guna dan pakai untuk mengesan perbelanjaan, apa kata korang kongsi sekali kat sini. Aku pun nak tau gak…haaa, orang lain boleh dapat manfaat. Tak gitu? he he he…

Ok geng, chow!

Artikel Lain Yang Best!

Related Posts

Duit Haram Dari Internet !Elakkanlah cara-cara haram ni, sesungguhnya banyak lagi cara-cara yang halal......

21 Responses

06.27.09

bagus cara ko nie… good idea..

[Reply]

miLsUm Reply:

erm..kita akn berfikir bnyk kali sblum brbelanja..
tp aku boros gak sbnarnya..hehehe..

[Reply]

06.27.09

aku plak aku bt mcmni..cntohnya,aku nk simpan duit RM100/month.time dpt elaun utk satu sem.so aku potong siap2 RM600 utk simpanan dlm bank yg brlainan.secara xlgsung duit simpanan xterjejas,konsisten stiap bulan.setiap ari bt bajet siap2,conthnya aku nk belanja makan RM8/hari.so aku akan keluarkan duit makan ckup2 utk RM8/sehari setiap bulam..tu cara aku.maybe lbh kurg je kut..

[Reply]

miLsUm Reply:

hmm bagus jgk cara tu, itu macam lebih kepada bajet tetap..mcm cara aku tu utk tau kemana wang dibelanjakn, bajet suku kira r..

[Reply]

06.27.09

sape jumpe dwet aku ilang?
ni btul2 ilang ni..
adeyh~
:p

[Reply]

miLsUm Reply:

stakat ilang 50sen tu xyah kecoh r…
niat derma je..haha

[Reply]

06.27.09

pergh.. dah lama kawe tak buat pengurusan kewangan mcm demo ni bos. hahaha.. kena buat balik ni.. kalu x, buleh gilo mana ilang duit. tapi sebenarnya bukan ilang, tapi diguna ntah ape2.. huhu… :)

satu post yg amat berguna untuk sistem kewangan MHI.. hihi

[Reply]

miLsUm Reply:

hahaha…..demo duit bnyak xpo bos..
ilang ntah ke mana pn x kesah..hehehe…

yeah! support MHI!

[Reply]

baloot Reply:

kawe support demo sokmo bos. pandai demo buat ayat tu MHI. idea2.. kalu kawe, BBHI la.. bersama baloot hari ini.. huhu

[Reply]

miLsUm Reply:

hekhek…demo kawe plg syg skali..kuang3..
BBHI tu bkn Berita Bernama ka?haha

06.27.09

wahh,pening aku nk memahamkannye :P

[Reply]

miLsUm Reply:

aiy blowie..
camni pn dh pening, blum masuk kira2 debit kredit lagi nih..xpe2, pelan2 kayuh..hek hek hek..

[Reply]

06.27.09

mari belajar cara berjimat cermat pulak ye encik muslim… haha..

psst.. senyap2 sudah la ye.. buat-buat xtau.. :)

[Reply]

miLsUm Reply:

Aik…ni blog gosip baru plak ke…
ape pun, selamat datang! Bleh tahan panasnya gosip kt blog ko nih..chaiyok2!

[Reply]

baloot Reply:

panas ke blog gosip tu bos? hahaha..
kawe rasa tak berapa nak panas lagi tu kalu demo takdok.

:p

[Reply]

miLsUm Reply:

yak woktea…berigat buleh..hahaha..

06.27.09

hehe…aku seniri pun tak buat mcm tu…nnt la kot…sbb nak kumpul duit beli laptop :-)

[Reply]

miLsUm Reply:

haaa elok la tu..tngh aim yg mane skang?dell la terbaik bro…huhuhu

[Reply]

06.27.09

yakk!
biso weh alat pengesan dio!
nk bli so bleh?
brapo riyal modem goni acik??
=p

[Reply]

06.27.09

nice tips! cara kawe gini, setiap hari kawe bajet makan rm5 jah.. kalu ada satu hari tu terlebih jd rm10, so keesokkan hari tu kawe x blanjo la rm5 ntuk mkn.. maybe masak sdiri kt rumah or makan roti..

bnd2 lain pun kawe wat gitu jgk..

[Reply]

miLsUm Reply:

waaaa…..kawe susah nk wak gitu boh…xdok disiplin! hehe

[Reply]

Leave Your Response

* Name, Email, Comment are Required

Comments links could be nofollow free.

Masukkan email anda supaya tips-tips terkini dihantar terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Ahli Fikir

Sapaan Mesra


ShoutMix chat widget