Kehebatan Google SE, Jom Buli Google!!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Dah lama benar aku tak update blog ni,  tapi nape rasa macam sekejap je ek?? huhuu..Ok laa aku tahu salah, disebabkan aku bersalah, aku akan share sesuatu yang istimewa dengan korang hari ni. Apa yang aku maksudkan dengan tajuk post kali ini adalah bagaimana kita dapat memanfaatkan Search Engine Google dengan sepenuhnya. [...]

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dah lama benar aku tak update blog ni,  tapi nape rasa macam sekejap je ek?? huhuu..Ok laa aku tahu salah, disebabkan aku bersalah, aku akan share sesuatu yang istimewa dengan korang hari ni. Apa yang aku maksudkan dengan tajuk post kali ini adalah bagaimana kita dapat memanfaatkan Search Engine Google dengan sepenuhnya. Korang semua mesti tahu kan, Google SE ni ibarat seekor keldai yang sedia menurut perintah tuannya. Google sebagai keldai, kitalah tuannya! kan best gitu..hehe :)

Baik, bagaimana caranya untuk mempelawa Google ni untuk menjadi hamba abdi kita? mudah sahaja. Dengan satu teknik kita akan mampu untuk memanipulasi Google SE ni dengan sepenuhnya. Mungkin ramai yang dah tahu tentang teknik ni, tapi aku pasti ramai juga yang masih belum tahu. Teknik yang aku maksudkan ialah teknik “Google Query” .


Google Query ni bukanlah satu teknik ‘black hat’ ke ‘red hat’ ke ‘ja hat’ ke ape ke. Ia hanyalah satu kaedah untuk mencari content di dalam internet menggunakan Google SE dengan kata perintah yang spesifik. Contohnya jika korang ingin menyenaraikan semua content yang ada di dalam sesebuah laman web, korang boleh menggunakan kata perintah “ site: ”. Contohnya “site:mohdmuslim.com” maka Google akan menyenaraikan semua bahan yang telah diindex dari mohdmuslim.com ke search result. Ok, itu hanyalah teknik basic Google Query..

Sebenarnya terdapat banyak lagi kata perintah untuk Google Query nih, Jika korang menggunakan “site:” tadi untuk search, Google akan menyenaraikan semua content daripada sesebuah website tersebut. Ini akan membuatkan kerja korang jadi sedikit susah sekiranya sesebuah website mempunyai content yang banyak. Ok, bagaimana nak spesifikkan lagi pencarian korang? Bagaimana korang boleh mencari menapis result tu mengikut jenis file yang korang cari? nak cari file pdf dalam sesebuah minisite?? hehehe… yang tu biar dulu, kita teroka satu-satu..

Apa lagi kata perintah yang ada selain site: ?? banyak wei…meh aku bagi sikit :

  1. site:  Seperti yang aku dah bagitahu kat atas tu..
  2. define: ini akan menjadikan Google sebagai kamus korang, korang nak tahu maksud bagi perkataan apa? ok contohnya perkataan broadcast, taip je kat Google SE define:broadcast, dan Google akan bagi tahu maksud perkataan tersebut mengikut apa yang telah diindex dari kebanyakan website.
  3. link: Ini akan menunjukkan link yang mengarah ke sesebuah laman web, jika korang nak tahu ada tak mana-mana tempat yang mengarahkan untuk ke website korang, taip je link:websitekorang.com.
  4. cache: menunjukkan laman web yang telah diindeks oleh Google walaupun tak aktif lagi.
  5. filetype: Ini akan memudahkan korang untuk mencari file-file yang berbagai format. Contohnya korang nak cari file pdf yang menceritakan tentang adsense, taip je adsense filetype:pdf. Jenis file yang boleh dicari adalah: doc, xls, rtf, swf, ps, lwp, wri, ppt, pdf, mdb, txt, dan sebagainya…
  6. related: akan menunjukkan website-website yang serupa atau pun yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. contohnya nak cari website-website video seperti youtube? taip je related:youtube.com
  7. Dan banyak lagi…boleh buat ebook tau tak..hehe

 

Ok lah,  sebenarnya korang boleh cipta sendiri kata arahan tu mengikut logik akal korang, cuba lah try n error sendiri. Pasti korang akan jumpa sesuatu yang best!! heheh.. Aku nak p makan malam nih, sebelum tu aku bagi bonus sikit, bagaimana nak cari sesuatu file dari sesebuah laman web, contohnya nak cari file-file pdf kat dalam mohdmuslim.com?? Korang taip je filetype:pdf  site:www.mohdmuslim.com dan korang takkan jumpa apa-apa sebab memang tak ada file pdf dalam blog aku nih..So, gi la try kat blog lain, ngeh ngeh ngeh.. 

Ok lah, Milsum melaporkan untuk Mohdmuslim.com! adios amigos…

Artikel Lain Yang Best!

No related posts.

26 Responses

03.21.09

salam milsum.

waaaaaaa… makin meletup ko punya tip. makin panas.
aku nak buat ebook le nanti….

apa-apa pun syabas…
ilmu dan isi kandungan yang padat dan lengkap

heheheh… 5 bintang utk mohdmuslim.com

[Reply]

03.21.09

wsalam sifu…

meletop ke?heheh..biase2 aja dong..
ni berkat tunjuk ajar bro jgk..ngeh3..
thanks bro.. :)

[Reply]

03.21.09

thanks…
w/pun ini hanya basic, tapi banyak membantu

[Reply]

03.21.09

Leh tahan. topi hitam. hehe

[Reply]

03.21.09

Tang jadikan Google hamba abdi yg xtahan tu.. wakakaka.. Anyway, nice info! Thanks..

[Reply]

03.21.09

menteil > thanks sudi singgah sini..

nuwa > heheheh…bagi gempak sket..

fatin > mai la sokmo awok2 kite bereh blake…

sebanarnya kita leh create sndri je query nih..cntoh nak cari lirik ke lagu ke..letak je lyrics: , song: haaaa… :)

[Reply]

03.21.09

hehe. jika pandai. macam2 leh cari..

[Reply]

03.21.09

haa..btul tu earnword…

[Reply]

03.21.09

Wah.. serius… aku tak pernah tahu.. Satu ilmu baru. Thanks sifu!
nanti aku nak try banyak-banyak… :)

[Reply]

03.21.09

aiyak…
habis la kalu samdaddy dh tahu…
kpd pemilik2 ebook sekalian, sila berhati2!!
ngeh3…

[Reply]

03.21.09

Aku selalu guna site: aje…nak check kandungan yang telah di indexkan oleh google. Berguna kalau nak kaji website orang. Mungkin boleh ambil idea dari pemilik website tu punya kandungan. Sekurang-kurang dapat idea kasar hala tuju website tersebut.

[Reply]

03.21.09

yeah betul tu unactive….sokong!

[Reply]

03.21.09

nice info dude

[Reply]

03.21.09

tau xpe…haha!

[Reply]

03.21.09

salam..

1st time singgah sini… bagus info2nye

tang Google boleh di”buli” mcm tu sekali saya pun baru tau.. TQ banyak2 for d info

[Reply]

03.21.09

no hal la bro aremko pakar pewarisan harta…hehe

[Reply]

03.21.09

eheeh..Google jadi kuli..kena buli..
Thumbs Up *wink*…really good tip..

[Reply]

miLsUm Reply:

makasih…makasih…hehe

[Reply]

03.21.09

la google bleh dbuli rpanye..
ingtkn hbat sgt..hoho
bgus2..ilmu bru nih..huhu

[Reply]

miLsUm Reply:

hek hek hek…
hati2 dalam membuli!

[Reply]

03.21.09

Aku selalu pakai site: untuk check google dah indeks ke blum posting aku. Syok sendiri aje ;)

[Reply]

miLsUm Reply:

haha…
kita serupaa….:D

[Reply]

03.21.09

haha.. mmg natural la lu punye info.. lawak pun ada bab ni yg aku paling suka..

“Korang semua mesti tahu kan, Google SE ni ibarat seekor keldai yang sedia menurut perintah tuannya. Google sebagai keldai, kitalah tuannya! kan best gitu..”

gelak guling guling

[Reply]

miLsUm Reply:

hahaha….
hepy aku siot ko gelak bce tulisan aku…rupanya2 aku ni ade bakat menghibur jgk ek..
huhuhu

[Reply]

03.21.09

best tips demo.. hihihi

kijo jd makin senang la.. ^ ^

[Reply]

miLsUm Reply:

hehe..jgn salah guna eks….:p

[Reply]

Leave Your Response

* Name, Email, Comment are Required

Comments links could be nofollow free.

Masukkan email anda supaya tips-tips terkini dihantar terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Ahli Fikir

Sapaan Mesra


ShoutMix chat widget