Post Pic

Duit Haram Dari Internet !

Elakkanlah cara-cara haram ni, sesungguhnya banyak lagi cara-cara yang halal…

Assalamualaikum! Korang ape khabar ya? Aku harap semua sihat-sihat la belakew..hehehe..

Duit Haram Dari Internet?? Ya, memang aku nak cerita pasal benda ni pun. Yela, memang kita dah biasa dengar tentang duit atau pendapatan haram melalui internet ni, tapi apa yang kita dengar dan baca tu asyik benda yang sama je. Balik-balik cerita pasal pelaburan, pastu cerita skim itu ini pastu cerita pelaburan balik, padahal sume tu benda yang sama jek! Haa, kali ni aku nak bawa sesuatu yang lain, sesuatu yang jarang diperkatakan status halal haramnya. Dan apa yang lebih teruk, ianya dilakukan oleh ramai orang termasuklah kawan-kawan aku sendiri, huhu.

Tujuan aku tulis artikel ni adalah untuk memberitahu dan mengingatkan kepada semua, kerana aku selalu melihat orang buat dan aku rasa aku patut menyampaikan apa yang aku tahu. Supaya nanti aku telah menjalankan tanggungjawab aku sebagai orang yang tahu.Ya, memang aku akui sesetengah orang yang buat tu bukannya tak tahupun yang ianya berdosa, tapi saje je buat tak tahu. Sebabnya, sesuatu yang kena dengan kehendak nafsu ni, memang akan menjadi sedap sesedap sedapnya! Betul tak?

Sebenarnya banyak kaedah buat duit dari internet yang haram dari segi hukum. Tidak kiralah korang sengaja atau tak sengaja ianya tetap haram. Kalau korang tak tahu, haa ni aku nak bagitahu.Kalau dah tahu, aku harap korang tak buat dah pasni.

1. eBay , Lelong & Mudah
Jangan korang salah anggap, eBay, Lelong dan Mudah ni adalah tempat yang bagus dan sememangnya halal untuk mencari rezeki. Tapi kaedah tu je yang banyak dan berbeza-beza. Dan kaedah ni juga lah yang menentukan halal haramnya. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah tentang scammer. Seseorang scammer ni, memang terang-terang dah tahu bahawa apa yang dia buat tu adalah haram disisi agama dan duit yang dia dapat sememangnya tak berkat.

Kita ambil contoh eBay. Terlalu ramai beruk-beruk scammer dari Malaysia yang menjadi perosak di eBay. Dorang ni bukan sahaja telah menipu orang, tapi dah merosakkan reputasi sellers dari Malaysia yang memang berniaga secara jujur. Kalau korang tak percaya sila google, ramai pembeli dari seluruh dunia memang dah tak percaya kat sellers dari Malaysia dah. Sebab apa? sebab aktiviti beruk-beruk ni la. Kepada scammer dari Malaysia, insaf la wei, sedar la korang yang korang dah menyusahkan ramai orang. Rezeki haram yang korang makan tu akan jadi darah daging korang dan membentuk zuriat korang juga nanti. Tak kira la banyak mana pun duit yang korang dapat, kalu dah tak berkat tu takkan bawa kemana juga selain ke neraka. Sedar la, tobat laaa.

Itu cerita scammer eBay yang tipu pembeli, ada juga scammer yang tipu eBay tu sendiri. Mereka niĀ  suka hit and run, mereka akan menjual dan menghantar barang kepada pembeli mereka macam biasa, akan tetapi mereka tidak menjelaskan satu sen pun fees eBay mereka sehinggalah akaun mereka disuspend! Ini juga telah banyak merosakkan kredibiliti sellers dari Malaysia.

Citer kat Mudah.my pun sama. Mudah.my ni memang tersangat mudah, mudah kepada penjual, mudah juga kepada pembeli, terima kasih kepada pihak Mudah.my kerana mewujudkan sistem yang sebegitu. Tapi apa yang tak best, mudah juga untuk ditipu. Aku tak faham la scammer-scammer kat Mudah.my ni, macam mana la dorang boleh hidup dengan dibenci orang, dikutuk, dicaci, dikeji?? Dorang tak takut Allah ke? Korang boleh tengok mereka ni diburu oleh ramai orang disini, disini , disini dan banyak lagi la, tak terdaya aku nak tunjuk sume. Aku harap semoga dorang bertaubat dan memohon maaf kepada mereka-mereka yang dorang tipu. Ramai kawan-kawan aku yang dah terkena kat Mudah.my ni,hmmm kesian betul aku tengok.

Kepada newbie atau orang baru, scammer ni maksudnya penipu lah. Kalau kat ebay dorang akan mendaftar akaun eBay dengan fake id dan akan menjual sesuatu barang yang RARE dengan harga yang sangat tinggi. Ada juga yang jual barang-barang cikai macam PSP, Nintendo Wii dan sebagainya, lepas dorang dah dapat duit dorang akan blah dan buat akaun baru lagi.Aku harap korang jangan terjebak la dengan aktiviti macam ni.

***Kesimpulannya, perbuatan ini haram***

2. Hacker @ Cracker
Hacker dan cracker ni bagi aku sama je maksudnya. Ok, kalau dah nama pun hack tu mesti la kerja tak baik kan, tapi macam mana dorang boleh buat duit dari aktiviti hacking ni? Sebenarnya, terlalu banyak cara untuk buat duit melalui hacking ni.

  • Adsense,TLA dsbg

Bagi seorang hacker yang berpengalaman, tidaklah terlalu payah untuk mengambil alih sebuah website yang popular. Kalau dah hits tu sehingga 500k sehari, rugi la kalau tak letak iklan atau jual link kan? So korang boleh nampak camne dorang ni buat kerja.

  • Website/blog flipping

Hack sebuah website atau blog dan jual balik di forum-forum ataupun di pasaran gelap yang lain..

  • Jual domain

Aktiviti jual beli domain haram ni memang biasa di forum-forum hackers, ni kawan aku yang citer. Kalau domain yang cantik-cantik tu, tak sampai setengah jam pun dah ada pembeli. Kadang-kadang tu, siap dah booking awal-awal sebelum domain tu dirampas.

  • Curi database

Ini memang digemari oleh kebanyakan hackers, dorang akan curi database dari website yang dorang hack. Contohnya, database name&password milik semua users dari website tersebut. Dengan database ni banyak macam perkara la yang boleh dibuat, contohnya untuk log in akaun PayPal? Atau mungkin database tu boleh dijual je di pasaran gelap. Bagaimana pula dengan mailing list?? Fuhh, aku harap hacker2 yang buat keje ni sedar la suatu hari nanti. Terutamanya mat-mat indon yang dah banyak merosakkan website kerajaan Malaysia.

***Kesimpulannya, perbuatan ini pun haram!***

3. Bloggers
Ini mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak. Tapi aku rasa korang sume dah tau. Blog gambar lucah, blog video porno, blog gadis comel?? hehe.. Ini memang terang-terang haram dan pendapatan daripadanya pun tak berkat! Aku fokuskan perkara ni sebab sekarang ni dah terrrlalu banyak blog-blog sebegini yang berbahasa melayu! Apa la yang dorang fikir, duit? Duit macam tu nak buat apa wei, hmm kadang-kadang aku kesian tengok admin blog-blog macam ni. Bukan main happy lagi bila visitor mencanak-canak, tapi hakikat yang sebenarnya dorang tak sedar atau saje buat-buat tak sedar.Pastu duit yang masuk tu buat belanja makan harian, siap buat derma anak-anak yatim lagi. Kepada yang terasa, aku memang tuju kat ko pun.

Bagaimana pula dengan blog-blog gosip artis, apa pendapat korang? Mendedahkan aurat-aurat lelaki dan perempuan, menyebarkan cerita-cerita yang mengaibkan empunya badan dan bla bla bla. Kalau cerita tu betul pun kita dah dikira berdosa sebab mendedahkan keaiban orang, kalu cerita tu fitnah macam mana? Dosa menyebarkan fitnah ni takkan terhapus melainkan orang tu sendiri yang mengampunkan kita. Kepada tuan punya blog-blog gosip, korang fikirla sendiri!

Banyak jugak blog-blog personal yang guna keyword-keyword panas ni untuk menarik lebih ramai visitors. Apa kes beb, untuk apa? Korang fikir la balik Aku pun tak paham la…

***Kesimpulannya korang tentukan sendiri***

4. Paypal
Sekarang ni boleh dikatakan hampir kesemua transaksi yang melibatkan wang menjadi lebih mudah jika menggunakan PayPal. So apa-apa hal pun orang akan memerlukan akaun paypal ni. Antara kaedah duit haram daripada PayPal adalah:

Menjual Akaun PayPal Blackhat. Setiap akaun PayPal yang baru, memang takde duit dalam tu. Jadi untuk menggunakan akaun paypal tu, kita kena verifiedkan akaun tu dengan kad kredit/debit, beli fund paypalatau dengan bermacam-macam lagi cara yang halal. Tapi ada cara yang lebih mudah dan haram, iaitu dengan terus mendapatkan akaun PayPal yang telah di’verified’ dengan real credit card kepunyaan “seseorang”.

“Seseorang” ini mungkin seorang guru, tauke kedai ubat atau sesiapa sahaja yang mempunyai kad kredit. Maklumat kad kredit mereka akan dicuri oleh penjahat untuk mendaftar akaun PayPal. Maklumat-maklumat kad kredit ni boleh je didapati dengan mudah di tempat-tempat yang tak perlu aku dedahkan. Setelah melalui beberapa proses maka akaun PayPal itu tadi boleh la digunakan untuk membeli belah di internet dengan syarat-syarat yang tertentu supaya pemilik kad tadi tak tahu atau tak perasan dalam masa yang singkat. Akaun-akaun Paypal ni sangat lah laku dan dijual plak dengan harga yang berpatutan, sebab tu la ramai yang jadi penjual dan makan duit haram. Nauzubillah..

Akaun Paypal itu tadi juga boleh digunakan untuk menjual fund PayPal, tapi cara ini agak berisiko kepada korang yang membeli fund ini kerana mungkin akan dilimit access. Tapi penjahat-penjahat ni peduli apa ngan korang, yang penting dorang dapat duit! Banyak yang aku ringkaskan tentang Paypal Blackhat ni sebab tujuan aku bukan untuk korang paham dan mungkin tiru, tapi hanya untuk korang mendapat bayangan supaya dapat korang elak daripada terjebak dalam benda ni nanti.

Melalui Paypal juga korang boleh jadi scammer. Iaitu dengan menyamar atau berpura-pura ingin menjual fund PayPal. Kalau korang biasa dalam forum-forum seperti Carigold, Wangcyber, Sifoo dan sebagainya korang akan jumpa la dengan scammer-scammer ni. Cara dorang mudah, dorang akan pura-pura nak jual fund PayPal dengan jumlah-jumlah yang tertentu akan tetapi korang yang mesti bayar dulu. Selepas je korang bayar, maka dorang pun akan hilanglah umpama bau kentut yang dibawa angin. Sesiapa pun boleh jadi scammer ni, sebab tak perlukan kemahiran pape pun, cuma hati nak kena jahat pastu ada akaun bank untuk terima duit. Huh, tapi ingat lah, sesuatu yang baik dan jahat itu akan ada balasannya yang setimpal. Allah sentiasa melihat.

***Kesimpulannya, perbuatan ini dah terang-terang kerja jahat, so haram la***

Aku rase cukup la dulu 4 perkara ni, nanti kalau ada masa aku tambah lagi. Aku memang akan sambung lagi sebab bagi aku perkara ni adalah sangat penting. Ia melibatkan punca pendapatan ataupun rezeki kita yang akan jadi darah daging keturunan kita. Aku harap semoga korang semua tak terlibat dengan semua benda-benda macam ni.

Kalau korang ade pape nak tanya atau nak tambah, silalah tulis kat bawah tu, aku amat mengalu-alukan kesudian korang :D

Artikel Lain Yang Best!

Related Posts

Alamak! Mane Duit Aku??Aiyaaa, mane aku letak duit aku ni?? Tadi ade sini,...

30 Responses

12.10.09

Alhamdulillah, walau sesusah mana pun saya, Allah beri saya kekuatan untuk tidak mengambil wang paypal milik somebody , banyak beb kadang2 lebih dari 1k USD tuuu .

Gerun gak kadang2 tengok duit riba2 usd dalam paypal orang , tapi amanah tetap amanah .

[Reply]

miLsUm Reply:

hmm mmg bagus ko ni, tapi camne leh tengok duit dlm paypal orang lain ek? Staff paypal ke? hehe…mcm menarik nih… :D

[Reply]

12.10.09

maafkan saya,
fund paypal tu macam mana yer, duit yang ada dalam akaun paypal ke?

[Reply]

miLsUm Reply:

a’ah betul la tu…hehe

[Reply]

12.10.09

Salam. saya nk komen skit pasal blog gosip tu. Saya tak nk kata hasil duit tu haram (wpun kt hati kecil saya ni mmg haram). Kadang2 tu ade dah tahu tp butakan hati jer… kononnya sekadar hiburan duniawi… duniawi2 jugak tp beringat sikit saham akhirat nu… pikir2lah sendiri bila dah bawak cerita2 yg empunya diri tak suka dan kita sendiri tak tahu betul ke salah ni bahaya.

kalau BETUL jadi MENGUMPAT,
kalau SALAH jadi FITNAH..

Saya tak tahulah ayat ni dari mana, tp saya slalu dgr kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita kat akhirat nanti.

sekian pendapat saya yg x seberapa.

[Reply]

miLsUm Reply:

Kalau tak silap saya itu hadis, pernah terbaca kat Kitab Fadhail Amal..

Apa beza mengumpat dan memfitnah? sama2 benda yg berdosa kan..hmm…
apa pun, kita jauhkan diri je..

[Reply]

12.10.09

byk tul cara utk dapat duit secara haram ye. moga kita diberikan jalan yang betul dalam mencari duit.

[Reply]

miLsUm Reply:

amin…

[Reply]

12.10.09

Cara awak tulis tu, memang jelas ketidakpuasan hati. Macam mana saya tak puas hati pada pencuri sebab barang saya pernah kene curi a.k.a diragut.

Huh, kalau nak cite sal tak puas hati, sal tak sedar ke makan duit haram and so on, memang tak abih, Muslim.

Harapkan hidayah Allah je diberi kepada mereka2 ni.

[Reply]

miLsUm Reply:

insyaAllah….semoga mereka mendapat hidayah… amin..

penah kena ragut eh?? pengalaman manis tu, hehehe..

[Reply]

12.10.09

Your Commentshush jage2 ngan email klu psl payment via paypal… skali die dpt masuk paypal kte, sume skali si hacker tu akan sapu… tip: rezeki itu datang dari Allah, lu pikir lah sendiri…

[Reply]

miLsUm Reply:

ya ya…bila kta dtemukan dgn ilmu iT yg pelik2…ingtlah, tuhan nak uji je tu…

[Reply]

12.10.09

lupe nk tanye, cmne nk tuka visitor jd ade pic? rigu muke hensem2 hahahaha…. soalan seorang noob utk webmaster yg master…

[Reply]

miLsUm Reply:

hek3…sila lah sign up gravatar.com..

[Reply]

12.10.09

Assalammualaikum…

Terima kasih info yang amat berguna….apa yang tuan sampai kan ini ia adalah benar…Alhamdulillah selama saya jalankan internet ini saya banyak bersabar…mereka yang menggunakan cara ini adalah orang yang terdesak…saya ada terbaca dalam majalah islam bagi mereka menajalankan perniagaan tidak jujur, mereka akan menerima azab di kubur,Darah keluar membuak2 dari kubur….wallahuaalam.

[Reply]

miLsUm Reply:

semoga kita semua mengambil iktibar….terima kasih bro norizwan… :)

[Reply]

12.10.09

fuh, nasib baik~ hari tu saya ada survey DSLR dekat Mudah.my~ tapi bila tengok cara jual-beli dia macam tak dijamin, saya tak jadi beli DSLR kat situ~ walaupun harga dia lebih murah, tapi tah la~ macam tak percaya jer nak beli. sebab takut si penjual tu hantar barang dah rosak, kan rugi jer~ huhu~

[Reply]

miLsUm Reply:

hantar brang rosak ok lg..hehe, yg x hantar langsung tu yg sakit…waaa….ape pun, hati2 bila menyoping di mudah…

[Reply]

12.10.09

test….test…..

[Reply]

miLsUm Reply:

haha test apekebenda lak ni…

[Reply]

12.10.09

Salam Bro…, sya nk tny pndpt korg, klu kt jl brg2 truan, mcm pendrive kingston, bj nike…, or etc.. tk kra la on/off line, dan kedua2 pnjl & pmbli stju/redho dgn jlbli ni(dua2 thu kualiti brg ni&stju ngan harga), yela korg pn blh tngk skelling korg msti ader pnya brg2 ni…bku photsts….cd pirate of carribean…..os pirate….. psl ape?? yg orgnal tu mhl sngt….dh kra mcm diorg ni tindas org tk brkmpuan lak(kapitalisme). Yela iktkn mmg diorg berhak bt ape sje kt prdk diorg…tpi lu pkr la org2 mcm gua ni. Diorg siap ltk copyright lg…., tk pyh la smpai mcm tu… bgi plhn pd pmbli utk mmlih ori/pirt…..tk pn klu nk bt cpyrght pn….diorg kna bt 2 jns yg sma, 1 yg ori…1 kualiti mcm pirate pnye, tkkn tk der untg. Cpyrght utk brg2 yg bhya takper la mcm ubt/tyr ke.. Satu lg aku nk tnya ader tk prbncngn psl cpyrght ni dlm islam. So aku nk tnya pndpt korg psl jual brg2 ader coprght ni. Mcm mna? A. Boleh B. Tidak Boleh C. Meragukan

[Reply]

miLsUm Reply:

peh…rumit ni, tp isu ni mmg selalu dibincangkan…aku pun xtau nk jwab cmne, ms ofis aku pun pirate nih..muahaha, tp os ori beb… hehehe.. jadi aku pilih C! Tunggu update dri aku nnti, aku akn cri jwpan dri org yg sepatutnya.. :D

[Reply]

12.10.09

Jadi masalah kalau orang beroline semata-mata nak cari duit nih. Halal haram pun boleh letak belakang…

apa-apapun nak cari duit cara halal @ haram dua2x susah.

Cari jela yang halal. bermacam2x cara ada nih. :-)

[Reply]

miLsUm Reply:

btul kata AJ nih..mmg x susah, cuma perlukan sdikit kesabaran jek…semua dh tersedia, tiggal pilih n buat je.. :D

[Reply]

12.10.09

Paling saya benci tengok orang yang tidak serius berjual di eBay,yang jenis tipu orang..rezeki dari internet biar halal..kerana semua tu kan dari darah daging kita..

[Reply]

miLsUm Reply:

ya betul…elakkan lah perkara2 macam tu…

[Reply]

12.10.09

Salam…Saya masih baru dlm internet harp bleh reply soalan saya nie wlupun post ie dah lama: saya ada terjumpa satu lmn web yg bernama subvertandprofit.com keje kita hanyalah perlu vote pada salah satu website sprti di stubleupon,metacafe,youtube,digg, dan mcm2 lagi dan kita akan dibayar sebanyak sekitar 1-5 dollar (dlm bentuk paypal money)pada setiap kategori yg diambil,masalahnya adakah ianya halal atau haram ataupun ianya hanya sebuah scam

[Reply]

miLsUm Reply:

Wsalam firdaus,

saya tidak berani untuk menyatakan tentang hukum halal atau haram program ini. tapi subvertandprofit.com ni memang sebuah program make money online yang legal dan bukan scam. namun masa untuk menjana income tu TERLALU LAMA dan income yang dijana juga tak banyak, diseababkan task yg jarang2 ada dan kita perlu mencapai minimum payout sebanyak $10. Jika anda boleh sabar dan sanggup tggu lama, anda boleh cuba, dan boleh berikan review anda sendiri nanti. Namun mengikut pengalaman saya yg x sbrapa ni, memandangkan anda masih baru, anda cubalah untuk belajar berniaga di eBay. sangat bagus untuk anda bermula. harap membantu :)

[Reply]

12.10.09

CIKGU LIM..ADEEII!! HAHA

[Reply]

miLsUm Reply:

apa kau mau bulat!

[Reply]

Leave Your Response

* Name, Email, Comment are Required

Comments links could be nofollow free.

Masukkan email anda supaya tips-tips terkini dihantar terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Ahli Fikir

Sapaan Mesra


ShoutMix chat widget